Posts

Showing posts from July, 2013

Gugurnya Sebutir Bintang Hoki Negara

Image
Chua Boon Huat. Satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hoki tanah air.. namun pagi ini kita semua dikejutkan dengan pemergian bintang hoki kebangsaan itu apabila beliau yang berumur 33 tahun maut dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya melanggar lori siram pokok di KM 10.4 Lebuhraya Damansara-Puchong pada jam 3 pagi tadi.. Berasal dai Bukit Cina, Melaka, Chua merupakan seorang pemain yang paling lama berada dalam skuad kebangsaan. Memulakan kareer seawal 17 tahun untuk pasukan negara, beliau juga pernah bermain untuk Sukan Komanwel pada 1998. mendiang juga mempunyai lebih 300 cap mewakili negara dan pernah bermain sebanyak 2 final hoki Piala Sultan Azlan Shah pada 2007 dan 2009 Dan kali terakhir beliau beraksi adalah dalam kejohanan liga hoki dunia di Johor Bharu. Terima kasih di ucapkan kepada mendiang kerana pernah mengharumkan nama negara di persada antara bangsa...

Dikala susah, ada yang lagi rumit.

Image
mungkin kita sedang bahagia, mungkin kita sedang gembira, mungkin kita sedang kekanyangan, dalam sehari pasti ada rumit, namun igtlah setiap kepayahan yang kita lalui, hanya sekecil kuman, dikala kita jatuh, ada yang menderita, selamat Menyambut Aidilfitri sahabat... KASUT BURUK "Kasut Buruk", sebuah filem pendek dipetik daripada pengalaman seorang guru yang dedikasi dan kisahnya dicoretkan dalam laman sosial. Mengisahkan seorang murid yang hidup miskin tetapi mempunyai ketabahan dan iltizam untuk meneruskan persekolahan. Penerbit/Idea: Jasmi Rasit Arahan/Skrip: Mohammad Husri Hj. Morni Suntingan: Diji P. Nelson Jurukamera: Mohd. Salahuddin Mustapha / Diji P. Nelson Tenaga Produksi: Warga JKKN Sabah Terbitan: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah *Cerita dan watak dalam filem ini adalah lakonan semata-mata tidak ada kena-mengena dengan orang yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Greenday di Aidilfitri..

Image
ok laa entry ni aku bukan nak ckp pasal band Greenday ade live kt Malaysia waktu hari raya ke ape ke.. xde kaitan langsung... yang aku nak share ni pasal band indi punk-rock kitee... ape lagi band trio Bunkface laa.. heheh mesti ade yang dah dengarkan lagi baru dorg.. lagu raya tu.. actually lagu tu sebenarnye untuk Media Prima sempena rakaman untuk program raye ok ni video promo die sebab video ori pengurusan dah delete... sebab deme kate lagu tu tak official lagi... pale buth la MPB!!! kome layan yang promo ni je k.... sape yang dapat dengar full vers pagi tadi memang untung laa.. (termasuk aku) hahahahehehehuhuhu ok yang ni lirik die... ANUGERAH SYAWAL Salam Saudara Selamat hari raya takbir bergema  syawal sudah pun tiba sama sahaja  miskin dan kaya semua sama sahaja Alhamdulillah Syukur pada yang esa oooohhhooooo uhhh uuuhhhh selamat hari raya tiba cahaya hatiku keriangan anugerah syawal seindah ramadan oooh indahnya hari raya.

mengapa didesak hati yang buntu.

Image
puas aku kurung diri aku, puas aku menjauhkan diri dari semua orang, rupanya dalam diam aku sebenarnya mencari pengganti, kadang kala aku tertawa dengan kelemahan diri yang selalu aku persoalkan, layakkah aku untuk bercinta lagi? memang jawapan untuk persoalan itu milik Allah, namun setelah apa yang pernah terjadi, aku kembali jadi sangsi... memang aku lelaki.. dan aku sendiri sedar rosaknya ikatan sesebuah percintaan adalah berpunca dari lelaki, dan perkara itu yang membuat aku tersedar, hati mu muslimah penuh dengan kecurigaan, dan tidak salah rasanya jika aku ambil keputusan untuk berdiam diri, kerana aku tahu, hati wanita jika disakiti, semua lelaki adalah sama di pandangannya.. bercinta lagi?? aku ragu dengan itu sebenarnya.. cukuplah walaupun kisah lalu bukan silap aku. tapi hakikatnya ia juga disebabkan lelaki.. memang aku kecewa memang aku malu.. kerana kaum sejenisku, selalu membuat aku juga dipandang sama... aku sedar.. aku memang tak layak.. memang kini aku ketemu seseor

Syurga Untukmu saudaraku.

Image
Syuhadah.. sesungguhnya darahmu itu suci, perjuanganmu itu sejati, langkahmu itu diberkati. Syuhadah... jangan kau gentar di medan juang, jangan kau gusar di atas perbatasan, jangan kau menyerah sebelum tamat perang. Syuhadah.. Fisabilillah panjimu, Laillahailallah benteng hatimu, Firdaus tempatmu, Syuhadah... seruan illahi telah memanggilmu, berjuanglah kamu sebagai mujahiddin, tetapkan kalimah menjadi teman, kami redha jemputan takdir, sahabat, dikesempatan ini saya memohon agar kita semua dapat bersama sedeqahkan Al-Fatihah kepada jenazah para syuhadah yang telah gugur mempertahankan agama, sesungguhnya perjuangan mereka membela agama tidak ternilai.. sucinya darah mereka sebagai pejuang... sahabat... sedang kita bergembira, mereka bersama airmata, sedang kita kekenyangan, mereka bersama hujan peluru, sedang kita berlari riang, mereka berlari sebagai pejuang, semoga perjuangan ini mendaoat berkat dari Allah S.W.T

nukilan bicara untuk jiwa..

Image
jangan biar hatimu runsing, kerana jiwamu akan berpusing, jangan biar akal mu di kawal nafsu, kerana syaitan itu musuh nombor satu, lafaz kalimah ketapkan di bibir, agar sentiasa menjadi tabir, muliakan harimu dengan qasidah, moga mendapat kurnia jannah, La maujud bihaqqi illallah, panduan sunyi di kala sendiri, syahadat tauhid penawar hati, insyaallah tenang segala sanubari, penuhkan dada dengan ilmu, jayakan bersama dengan amal, bersama kalimah tauhid panduan hidupmu, agar dapat mengenal hujung dan pangkal, biar dicerca segala tindakkan, jangan dilawan cukuplah kesabaran, Allah yang satu jadi panduan, Al-Quran penegak landasan iman, manusia yang rugi manusia leka, permainan duniawi santapan jiwa, akhirat yang pasti untuk semua, persiap amal ibadah agar sedia sentiasa.

Biarlah.....

Image
Biarlah dia dipandang tak bergaya, biarlah dia dipandang kolot kerana menjaga kulitnya, biarlah dia dikata tak pandai berfesyen, biarlah dia tak seperti yang lain. biarlah di persoal hijabnya panas atau sejuk kerana disana lagi panas, biarla dia di hina kerana tidak berhibur kerana Al-quran sentias dipelukannya, biarlah lemah tutur bicaranya kerana auratnya mahal, biarlah dia tingglakan kamu demi kasihnya kepada Allah, biarlah dia tidak menangis kerana kamu kerana Cintanya pada rasul, biarlah dia terus berlari mengejar raudhah, dari dia berlari demi mendapatkan kamu, biarlah dia berlalu pergi, kerana akan hadir jua pemilik tulang rusukmu, kewujudannya untuk dilindungi, jangan sesekali kamu menyakiti, kerana amanah itu amanah Allah, zuriat yang diberinya penambah warna, penyelamat kamu di akhirat sana.. Subhanallah... tingginya martabat memuliakan kaum ibumu...

PInk.. dan kita

Image
Pink.. atau nama lebih kemelayuan dia Merah Jambu,.. bila sebut tona warna ni mesti ramai yang pertikai dan akan cakap warna ni di kaitkan dengan perempuan.. dan warna hitam sering disinonimkan dengan lelaki... so ada satu persoalan yang sering terbicara... salah ke lelaki pakai warna pink?? ramai yang cuba definasikan pink ni sebagai sesuatu yang negatif bila lelaki pakai dan cuba menafikan yang lelaki sebenarnya sweet pakai pink. beberapa pakar psikologi yang aku jumpa bagi aku jawapan dan definisi pink yang positif,.. so ternyata pink itu diterima.. bukan calang-calang orang k... pakar psikologi.. so ini antara yang aku "compile" kan.. 1) Gay!- Kalau ikut bahasa klasik, gay itu bermaksud gembira maka tak kisah lah kalau orang kata gay daripada hitam sentiasa yang... (u all tau sendiri la k) dan ini juga bermaksud penggunaan pink tu bukan semata-mata untuk golongan homo.. aku pakai PINK aku straight.. sebab Pink tu ceria.. 2) Metroseksual- dengan arus peredaran

Besarnya kasihmu,

Image
kau pinjamkan aku ruangmu, untuk aku melengkapkan diri, sebelum melihat ranjau berduri, tarungan nyawamu aku terkedu, perjuangan siang malam mu demi sejahteraku, kau korbankan lembut tanganmu, demi hayunan untuk lenaku, penat lelahmu demi kenyangku, kau kekasih, kau guru, banyaknya khilafku selalu menyinggungmu, selalu ku lupa susumu membesarkan aku, selalu ku lupa air tanganmu mendidik ku, ampunkan aku yang selalu alpa, ampunkan aku yang selalu leka, Demi cinta yang suci, ku rela korbankan kepentingan diri, ranjau yang berduri akan aku tempuh demi kemuliaanmu, pelindung nyawa di usia kecilku... sesungguhnya segala pengorbananmu, tiada daya untuk aku membalas, hanya iringan doa cinta dan airmata, menjadi teman untuk sejahteramu, permaisuri ku...

Ya Muslimah.. kau sejati..

Image
sejuk hati ku, saat memandangmu, tenang jiwaku,  saat melihat peribadimu, tunduk nafsuku, saat melihat sopanya kamu, ya muslimah,  tutur mu penuh hikmah, Subhanallah, busana yang melindungi aurat mu, meninggikan lagi martabat islam mu, ya muslimah,  syafaat mu menanti di raudhah, alunkan nada suaramu untuk bacaan ayatNya, Subhanallah,  tepujinya sifatmu andai terjaga auratmu, ya muslimah, sesungguhnya engkau dilindungi, sesungguhnya engkau disanjungi, sesungguhnya engkau penyelamat kami, ya muslimah,  tetapkan jiwamu taat kepada Allah yang satu, auratmu itu tiada tandingan, kelembutan mu itu menjadi idaman, semoga dirimu terpelihara, semoga dirimu di kurnia pahala, ya muslimah,  teguhkan iman mu,  biar badai zaman melanda, taat pada tuhanmu,  itu yang utama,  ya muslimah, berbahagialah kamu, dengan keberkata yang dikurniakan... semoga Allah cinta padamu, semoga Rasulullah kasih padamu..

sememangnya ku pilih derita untuk merinduimu.

Image
" Sekiranya derita merinduimu Itu sebenarnya bahagia Aku pilih derita"  bait-bait lirik ini membuatkan aku sedar sebenarnya aku dalam keadaan derita.. aku tak tahu apa lagi cara harus lupa segala tentang kamu.. maaf aku sentiasa merinduimu... kejamnya aku kerana terus menyeksa diri ini dengan menjadi sang perindu mu... mudahnya kau campakkan cinta ku.. sebenarnya aku selalu merindu.. hanya satu yang boleh membuatku kembali bahagia... aku mahu kamu.. kembali dalam hidup ini... aku mahu kau mengerti kepedihan diri ini.. aku mahu kau kembali bersama dalam mengejar bahagia yang pernah hilang bersama cita.. maafkan aku sayang... aku masih merinduimu.. dan semoga terbuka hatimu untuk kembali bersama ku.. telah ku maaf segala khilaf telah ku lupa segala dusta demi cinta demi rasa.. izinkan cinta ini kembali bertaut.. Kau katakan cinta gunakan akal Bila aku gunakan Kau yang menyangkal Bagaimana nak kekal Kau katakan cinta gunakan minda Bila aku gunakan Kau yang tak p

Mengerti itu lebih baik dari menghukum..

Image
kita selalu berdepan dengan golongan yang mempunyai masala tekanan dalam mengatur masa depan sehinggakan kita sendiri jadi sukar untuk membuat pilihan, kita selalu memandang seseorang itu dari perkara yang dilakukannya. tapi kita kita jaranga mengerti keadaan yang mendorong dia menjadi begitu... "Sebelah Sayap"- sebuah filem pendek kolaborasi eksperimentasi di antara Mat Luthfi dan juga neollene, memang vid ni dah lama ada kt youtube.. tapi aku post entri ni sebaga recall untuk kesedaran dan pengajaran kita bersama... aku sendiri pun dah lama follow semua vid2 dari mat luthfi... itu pun sebab ex aku (dlm blog ni aku ade buat cerita khas pasal dia.. cari la sendiri) yang kenalkan aku dengan vid2 mat luthfi ni.. dan dia seorang yang berfikiran terbuka dan jauh serta sentiasa positif... jom layan..

Lagu Lama penuh pesanan.

Image
Kalau sebut nama Ahmad Jais... aku tak rasa generasi sekarang ni 100% kenal dengan penghibur terbaik ni.. bukan tu je.. M.osman, Datuk Ahmad Nawab. M.Shariff itu aku baru bukak yang ganeral belum yang dlm kategori "slow mode" lagi ok lah yang aku nak cite bukan pasal nama2 besar tu.. tapi berkenaan lagu yang dorg nyanyikan.. memang penuh nasihat.. antara lagu yang menjadi kegemaran aku adalah lagu "Umpan Jinak Di Air Tenang" nanyian Datuk Ahmad Jais.. ok la aku bagi korang baca dan perhati betul2 lirik dia k.. Madah berbunga alun suara Terdengar merdu hanya dendangan Madah berbunga alun suara Terdengar merdu hanya dendangan Wajah yang indah ditatap saja Hati yang satu di gadai jangan Wajah yang indah ditatap saja Hati yang satu di gadai jangan Jangan tergoda bintang di awan Kalau terbitnya di siang hari Jangan tergoda bintang di awan Kalau terbitnya di siang hari Jinak merpati makan di tangan Jangan di kurung di sangkar hati Jinak merpati makan di tangan Janga

Adrenalin dan Kita... (foto dan video)

Image
Jika sebut lagu Adrenali nyanyian Faizal Tahir mungkin ramai yang sudah boleh menghafal dan meminati lagu tersebut.. namun dalam kita mengkagumi lontaran vikal beliau, sebenarnya mungkin ramai yang tak tahu apa itu ADRENALIN. ia sebuah tindak balas hormon dalam badan kita yang memberikan reaksi terhadap tekanan dan kecepatan gerak tubuh kita. bukan hanya dengan gerakan, hormon ini membantu terhadap efek lingkungan seperti suara derau tinggi atau cahaya (lebih tepat lagi "Adrenaline Rush") dan yang paling kita sering rasakan ialah detak jantung meningkat, kesejukan dan keadaan yang mengejutkan, jom layan video kt bawah ni yang memberikan beberapa tindakbalas hormon yang memberikan impak positif dalam melakukan aksi ekstrem diluar jangkaan.

Tiada Lama Tiada Baru.

Korang layan dulu short filem kat atas ni... memang cite ni dh nk dekat setahun kt youtube... tapi kalau korang tengok. aku boleh ckp cite ni still segar. filem pendek karya Rewan Ishak ni penuh dengan maksud yang mendalam berkenaan menghargaai memori lama.. ibarat kata pepatah. "tiada lama tiada baru" filem ni diterbitkan oleh Red Films. dengan background OST yang betul2 membangkitkan memori "orang lama" so korang enjoy k.. haa kalau ade lagi short filem yang best2 dan korang rasa terbaik.. suggest la kt aku k..

Guys.. harap korang tak boikot roti canai lepas ni...

Image
aku jumpe vid ni ke youtube.. kalau yang mane dh tgk tu ok la.. kalo yang belum tgk tu... hehe... harap penggemar roti canai tegar kt negara ni tabah menonton filem pendek ni ok.. aku tak dapat nak bagi kepastian kat Malaysia ade mcm ni ke tak... tapi yang pasti u all still boleh makan lagi roti canai kat Malaysia ni.. mari layan vid kt bawah ni.. hehe

Respect sama u Jo~~!!

Image
sejujurnya aku malu bila ada orang sebangsaku seagamaku jadi lemah sejak dari hari pertama puasa dan siap bermegah2 menunjukkan dia tak puasa... aku bangga tgk video ni seorang mamat cina cuba untuk puasa. walaupun sehari... Alhamdulillah aku harap akan terbuka hati Jo utk peluk islam

Sekitar Gambar Pemangku Raja Perak di Bazaar Ramadhan Medan Gopeng. (Gambar dan Video)

Image
Pada 22 Julai yang lalu (kelmarin) Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah bersama Raja Puan Besar Tuanku Zara Salim bersama dua anaknya berkenan ke Bazaar Ramadhan Medan Gopeng untuk membeli juadah berbuka puasa. turut hadir hasam Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim.

Sesuai untuk mereka pengamal MLM

Image
Rasanya lagu ini sangat bersesuaian dengan mereka yang mengejar kesenangan melalui MLM.. siapa tak kenal Senario? kumpulan yang mengetengahkan isu-isu terkini melalui komedi dan lagu-lagu mereka.. mari kita dengarkan bersama lagu yang penuh makna ini.

ska?? raggae?? Kenal Wakakukz???

Image
Anda mungkin biasa dengan genre muzik seperti pop, rock, metal, hardcore, punk rock dan hip hop.. tapi apakata kita jengah sedikit mengenai satu genre yang tak sing lagi bagi rakyat Malaysia iaitu Raggae, sebelum itu saya memohon izin kepada pemuzik raggae untuk memberi saya laluan mengetengahkan sebuah band yang sedang meningkat naik ini. Mereka ialah Wakakukz yang memperjuangkan muzik raggae, ska, funky.. mereka dibarisi oleh lima anak muda daripada Bangi.. iaitu.. Bobz (voc), Alis (Guitar), Zul (Guitar/keyboard), Allay(Bass) dan Idham (Drum). Pada asalnya mereka mula dikenali dengan menyanyikan kembali lagu-lagu popular seperti Kosong-Najwa Latif dan Pokok-Meet Uncle Husein. tetapi mereka telah berjaya mengorak langkah dengan lebih jauh dengan melancarkan single "Tak Peduli" yang penuh dengan maksud tersirat anda boleh tonton di channel Youtube mereka "twozheproduction's" Sememangnya kehadiran mereka dalam industri seni tanah air dapat meningkatkan la

Percaya atau Tidak

percaya atau tidak, hidup kita sentiasa ada garisan sempadan, sempadan untuk kiri adalah kanan, sempadan untuk atas adalah bawah, percaya atau tidak, setiap kesenangan didatangkan bersama dugaan, setiap pengalaman mendewasakan, setiap perbalahan mematangkan, percaya atau tidak, setiap kejayaan ada yang sakiti, setiap pergerakan ada pemerhati, setiap yang bangkit akan dijatuhkan. percaya atau tidak, setiap perkara ada kanta, kanta gelap sentiasa bingung si bingung memikir cara mendusa, demi kebaikan dalam jiwa, sanggup dipunah segala cita, hilang punca sang pencari, hidup tersisih tanpa sebarang erti.