Gugurnya Sebutir Bintang Hoki Negara

Chua Boon Huat. Satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hoki tanah air.. namun pagi ini kita semua dikejutkan dengan pemergian bintang hoki kebangsaan itu apabila beliau yang berumur 33 tahun maut dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya melanggar lori siram pokok di KM 10.4 Lebuhraya Damansara-Puchong pada jam 3 pagi tadi..

Berasal dai Bukit Cina, Melaka, Chua merupakan seorang pemain yang paling lama berada dalam skuad kebangsaan.

Memulakan kareer seawal 17 tahun untuk pasukan negara, beliau juga pernah bermain untuk Sukan Komanwel pada 1998. mendiang juga mempunyai lebih 300 cap mewakili negara dan pernah bermain sebanyak 2 final hoki Piala Sultan Azlan Shah pada 2007 dan 2009

Dan kali terakhir beliau beraksi adalah dalam kejohanan liga hoki dunia di Johor Bharu.

Terima kasih di ucapkan kepada mendiang kerana pernah mengharumkan nama negara di persada antara bangsa...



Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

Lagu Lama penuh pesanan.

GILA ISIM ITU BAHAYA.