Cukup aku cinta kamu..

aku tiada upaya untuk membuka pintu hatimu,
aku tiada kuasa untuk menarik cintamu,
aku tiada harta untuk membeli perasaanmu,
aku tiada nilai untuk membuktikan cintaku,
cukup, yang maha menyintai bagi ku,
cukup, kau tahu keikhlasan hatiku,
cukup, kau tahu sucinya cintaku,
cukup, melalui Dia aku menjagamu,
mimpi itu satu idaman,
kenyataan itu satu kepastian,
disetiap rinduku,
aku pahatkan rasa rinduku,
di setiap geri ku,
aku sertakan cintaku,
sesungguhnya cintaku benar,
sesungguhnya  cintaku terhad,
aku ingin kamu sepenuh hatiku,
aku ingin kamu mendamping ma'amumku,
akan ku bimbingmu ke jannah bersama,
dalam ikatan suci yang tiada bandingan,
yang ku pinta ruang hatimu,
yang ku idam iman hatimu,
yang ku mahu dirimu satu,
dalam sebuah hubungan,
menjalin rasa menguntai bicara,
mengisi kekosongan hati,
membaluti parut untuk cinta hakiki...

Comments

Popular posts from this blog

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Cerpen: Erti sebuah Ikatan

Dirogol JIN tanpa sedar.