Titik akhir sebuah duka....
tak pernah aku menduga, begini siksanya cinta, tak pernah aku mengerti, ianya bagaikan mati, ku pendam sebuah kerinduan, aku mencuba menjadi berilham, namun tak daya menjadi diri, aku lemah untuk mendapatkan diriku, aku lemah untuk merindu, telah ku cuba sedaya upaya, telah ku lawan segala bisikan, maaf kerana membuat dirimu buntu, tak reti aku ucapkan aku cinta kamu, tak pandai aku ucap aku sayang kamu, semua kerana lembutnya aku, semua kerana naifnya aku, aku tertanya "mengapa hatiku selalu pergi kepada yang tak peduli??" aku mencuba meluahkan rasa, namun setiap yang ku jumpa semuanya hampa, mungkin diriku tak seperti idaman, aku mencari siapa yang mengerti, aku berdiri menahan pedih, peritnya rasa bagai ditusuk belati, entah, kenapa aku begini, tiap hari aku tangisi, tiap detik aku ratapi, mencari kebahagiaan yang ku idam, tidak seperti mencari butiran pasir pantai, aku bagaikan hilang di dalam kelam, bagaikan mati dipukul ombak, mungkin senyumanku tidak pernah berlarutan, hanya sejenak hiasan intan, kenapa aku mesti merinduimu, sedangkan aku patut ketawa, hanya sisi gelapku yang memudarkan segalanya, impian yang ku pasang terlerai sudah, aku tak sanggup lagi begini, patutkah aku undurkan diri, demi melihat kau bahagia, cukup! aku tak tahan lagi begini, aku segala yang ku usaha tidak dapat ku akhiri, segala rasaku telah binasa, sedarnya aku tentang semua ini membuatkan aku ingin pergi, tapi tiada tujuan, kerana ketulusan ku tiada yang memerhati, aku rasa tiada yang hidup untuk ku semai semua rasa, mungkin begini aku akan akhiri hidupku, tiada kesempurnaan dalam hidupku, tidak dapat ku sentuh segala bahagia, mungkin kesilapan aku kerana menolak halangan hatiku, sepatutnya aku pergi mendengar halangan daripada menurut segala kemahuan, kerana segala kemahuan akan berakhir derita, manakala segala halangan membuatkan aku terus dihurung rasa begini, akan ku padam segala hidupku, akan ku benci sejarah umurku, akan ku simpan segala-galanya menjadi sebuah memori luka, kerana ku tahu tiada tempat yang benarkan aku untuk berpijak dentuman demi dentuman jatuh menghempas hati kecilku membuatkan aku terima segala-galanya walau duka walau siksa, ku perlu tempuh jua demi baki sisa yang akan ku akhiri, maafkan aku dunia, mungkin dah tiba masanya aku pergi bersama jasadku yang menangis duka perjuanganku berakhir di atas nokhtah sebuah cerita, sketsa dunia yang tiada penghujungnya luka semalam masih terasa tangis kelmarin masih basah berlalunya aku akan bersama sebuah duka, yang ku simpan sekian lama, selamat tinggal dunia...........
Comments