santai sejenak..

Cinta, mudah untuk kita lafazkan melalui suara, namun hanya segilintir mengenal ertinya, tak perlu berkata setiap masa, cinta sebenar adalah cinta yang disemai melalui rasa, sikap, mudahnya cinta itu datang, mudah juga ia pergi, perit mempertahankan, sakit juga merelakan, sebuah ikatan hati akan terbentuk dengan kejujuran dan ketelusan, di akui, lelaki lebih mudah jatuh cinta, tapi tak semua lelaki mampu untuk mempertahankan, tapi air mata lelaki yang sebenar akan gugur apabila si gadis menyambut salam cintanya, dan pergi meninggalkannya, manakala airmata si gadis pula akan mengalir sekiranya cintanya di khianati, tapi berbaloikah sebuah pengorbanan andai dibalas dengan kekecewaan, tiada ungkapan seindah bicara, tiada jawapan sehebat soalan, cinta sebenar dimulakan dengan pertemuan tentangan mata di antara lelaki dan wanita, di sulam dengan salam perkenalan, di curah dengan erti sebuah persahabatan sehingga menjadi simpulan sebuah tali percintaan, setiap perhubungan yang sejati akan terselit parut dan luka, jika tiada kesabaran dan ketabahan, hilang rasa cinta, biar cinta kita jadi cinta gila, asal kita kenal erti setia,

ku akui, aku tidak pandai bermain kata,
aku tidak pandai menyusun rasa,
aku hanya berdiam untuk membentuk bicara,
tiap masa ku untai kata,
agar dapat ku pendam sebuah bicara,
ku malu untuk meluah kata,
ku ketar untuk mencuba,
hanya mampu ku guna mata,
tiada lain yang ku pinta,
hanya ruang hanya peluang,
agar dapat ku curah bicara,
izinkan aku menyentuh hatimu,
izinkan aku menyimpan rasamu,
izinkan aku melindung mu,
untuk kamu tenang dalam dakapan ku,
hanya nama mu yang ku pohon,
hanya hatimu yang ku damba,
tiada cinta sehebat dirimu,
tiada kecewa akan menanti,
tiada duka akan mengguris,
akan ku pasti setia di hati,
agar dapat ku baluti,
segala duka goresan rasa,
tiada ketawa sehebat senyummu,
untuk ku rayu dalam doaku,
hanya ku pinta sebuah pasti,
untuk membelai sekeping hati.

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Lagu Lama penuh pesanan.