surat kecil untuk hati

kepada:
Hati Sunyi,
no 24, Jalan cinta 2,
Taman Rindu,
143 Pilu Menanggung Rindu.

Kehadapan hati yang ingin memiliki,

Surat ini ku tujukan khas buatmu yang terlalu lama membeku, ingin ku beritahu mu sebuah kisah,  di antara hasrat dan keinginan.

Ku sedar selama ini dirimu terlalu banyak memendam perasaan, hingga adakalanya dirimu berduka membawa sejuta rasa, namun kau tak pernah mengungkap untuk berbicara. ku turut merasa kesedihan mu, ku turut bersama di kala sunyimu.

mungkin surat ini tak banyak membantu, kerana diri ku juga tiada sifat sepertimu, yang lembut ingin memiliki, namun diri ini tetap mencuba, duhai hatiku, aku mohon dirimu kembali menjadi tabah, kerana ku tahu diri mu banyak menangisi pemergian insan dulu.

Dulu dirimu hancur, kerana ketelusanmu di khianati, ku tahu dirimu masih berduka kerana kisah lalu masih menghantui.

betapa peritnya penderitaan mu apabila hati mu di lukai keran itu merupakan cinta tulusmu, ku tahu kau masih lagi menangis.

ku tahu kau ada meluah rasa, namun segalanya masih menanti, harapan ku satu, semoga telusnya luahanmu akan terbalas juga dan tiada lagi basahnya tangisanmu duhai hati ku...


tulus ikhlas...
pemilik dirimu......

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Lagu Lama penuh pesanan.