hebatnya dirimu..

kalau terasa hebat ilmiahmu,
luahkan saja dalam bicara,
kalau terasa lantang suaramu,
bidas saja segala ucapku,
kalau terasa luas akalmu,
bertindak dengan kekuncimu,
kalau terasa mudah terusik hatimu,
baik diam menjadi bisu,
jangan melonjak mencari cara,
jangan luah menjadi benci,
setiap gerimu kini diperhati,
setiap caramu kini dimaki,
lemahnya fikirmu insan,
lembutnya jiwamu teman,
tak mampu ditekan kini kau cari tangan,
lemahnya akalmu kawan,
tak mampu hadapi realiti kau cari mati,
jauhkan dirimu dariku wahai insan,
tidak layak kau berdiri setarafku,
kerana peganganmu lebih rendah dariku,
manusia bijak guna akal,
manusia cerdik bergerak dengan iman,
manusia cetek sepertimu menggunakan tangan....
jadilah manusia yang dalam,
penuhkan tempayanmu dengan gula,
bukan debu, angin semata........

Comments

Popular posts from this blog

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Cerpen: Erti sebuah Ikatan

Dirogol JIN tanpa sedar.