Daulat Tuanku,


Merafak Sembah Menjunjung Kasih Sempenah Hari Keputeraan Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Ghafarullahu-lah.
Patik bersama seluruh rakyat di negeri ini sentiasa mendoakan tuanku sentiasa dalam keadaan baik, baik saja.

to viewers, arini lat nak share background tuanku,

PERTABALAN SULTAN
  • 1 Julai 1983 memahkotakan baginda sebagai Raja Muda Perak . Ketika itu baginda masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara.
  • 3 Februari 1984 baginda melepaskan jawatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan Idris Shah.
  • 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 . 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi.
PENDIDIKAN
  • Belajar di Government English School, Batu Gajah , kini dinamai SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah.
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
  • Belajar bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953.
  • 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn.
KERJAYA
  • Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
  • Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.
  • menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa
  • Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
  • Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
  • Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
  • Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
  • 1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.
  • 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
  • 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
  • 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman.
KURNIAAN DARJAH KEBESARAN
  • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Perak)
  • Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M)
  • Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N)
  • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (Kelantan)
  • Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (Terengganu)
  • Darjah Kerabat Perlis Yang Amat Dihormati (Perlis)
  • Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (Johor)
  • Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (Selangor)
  • Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (Kedah)
  • Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B)
  • Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (Pahang)
  • Darjah Kerabat (Negeri Sembilan)
  • Seri Setia Mahkota (S.S.M)
  • Panglima Mangku Negara (P.M.N)
  • Panglima Setia Mahkota (P.S.M)
  • Orden Al-Merito De Chile (Republik Chile)
  • Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia)
  • Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (United Kingdom)
  • Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M)
  • Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S)
  • Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P)
  • Darjah Seri Indera Mahkota (S.I.M.P) (Pahang)
  • The Most Auspicious of The Rajamitrabhorn (Thailand)
  • Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea)
  • Collar of The Japanese Order of The Chrysanthemum (Jepun)
  • Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Jepun)
  • Civil Order 1st Class (Oman)
SUKAN
  • Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
  • Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
  • Presiden Hoki Asia
  • Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
  • Amat berminat dalam sukan golf.
  • Mengusahakan pembinaan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.Baginda hadir setiap kejohanan Piala Sultan Azlan Shah iaitu kejohanan tahunan lima penjuru peringkat antarabangsa.
  • Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.
  • sempena Ekspo Pelancongan Domestik Perak 1992 spesis bunga orkid terbaik dinamakan ‘Doritinopsis Sultan Azlan Shah’ .
  • Selaku penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia , spesis serangga baru yang ditemui ketika Ekspedisi Saintifik Belum (1993-1994) dinamakan ‘Azlania Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis n.sp dan Azlania borneensis n.sp.
PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG
Pada 26 April 1989 , Sultan Azlan Shah telah melafaz sumpah jawatan dan dan menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Encik Ghafar Baba, Ketua Setiausaha Negara Tan SriSallehuddin Mohamad dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Haji Abdul Hamid Omar.
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja ke-146 pada 2 Mac 1989 dipengerusikan oleh Sultan Selangor memutuskan Sultan Azlan dari Perak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-9.

Comments

Popular posts from this blog

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Cerpen: Erti sebuah Ikatan

Dirogol JIN tanpa sedar.